Monday, 24 June 2013

Mee Kari yang ummpphh!

Idea nak masak mee kari datang daripada kawan2 Cyberia dalam whatsapp group. Kalau ikutkan kita ni bukanlah penggemar kari, nak2 kari mamak. Terlampau banyak rempah. Tiba2 macam teringin pula. Cari resepi dalam buku resepi 365 Hari 1 Hari 1 Resepi oleh Chef Hanieliza ada pulak. Dah cuba banyak resepi dalam buku ni dan ternyata simple dan sedap.

Tak susah pun nak buat sebenarnya. Cuma kita olah sedikit ikut suka kita nak letak apa. Ayam tak letak sebab lupa tak beli ayam. Ada kerang, udang, fish cake dan fish ball. Tambah kacang panjang yg direbus. Buat macam stail kedai Mohd Chan Abdullah. Sedap pulak 1st time try buat ni. Nanti nak buat lagi boleh tambah tauhu goreng yg macam sponge tu, sebab En. Suami suka.

Meriah tau mee kari I. Hihi.



posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment